Hari ini dalam SEJARAH! buat pertama kalinya aku menulis dalam blog, yang baru aku buat tapi dah lame aku teringin nak ade blog sendiri. Maklumlahlah, kadang orang tak faham dengan hati aku, bukan rahsia lagi KisaHati aku tapi apelah guna kalau hati terus memendam. Petang ni, seperti biasa aku menghabiskan sisa petang aku dengan oT (overtime). Sebetulnya aku nak mcm orang lain jugak, balek on time, sampai2 uma dok depan TV minum kopi panas sambil makan pisang goreng. Tapi... ada benda aku tak bole nak ikut orang... Orang lain hujung bulan cucuk duit (keluarkan gaji), makan sebulan pun gaji ada lagi luak..Aku? Hari ni gaji, minggu depan dah kering... errr oT lah pilihan aku... Tak banyak, sikit pun jadiklah buat bantu aku timbang tak cukup... Tapi ape pun aku bersyukur... Rezeki datang dari Tuhan asal kita berusaha dan mencari yang halal. Takde rezeki yang datang bergolek camtu je. Cume.. semangat kene kuat, tanggungjawab aku dah bertambah, kadang rasa taknak balik ruma nak tidur kat ofis je. Macam biasa lah. Hati akan berkata. Ade ke orang yang paham aku pagi petang siang malam keje tak benti2. Betul dalam mencari dunia jangan dilupa pada akhirat. Tapi kalau keperluan kita melebihi pendapatan cmane? Nak beribadat pun tak khusyuk je pikiran melayang entah ke mana2. Ini dah berjimat sampai tahap orang kate aku kedekut, kalo tak berjimat tak tau lah. Alamatnya aku pinjam duet kat orang yang cakap aku mcm2 tu lah. Tapi masalahnya orang yang cakap mcm2 kat aku tu adalah orang2 yang ade dekat dgn aku. Bukan ke yang dekat tu patutnye lagi paham. Ehm..rasenye tu kene post kat entry lain pulak. Nak kemas barang dah, nak balik, malam ni aku ade keje lain lagi pulak, sampai2 rumah, campak beg, mandi, sohlat terus kluar g keje lagi. Sebelum berpisah, esok aku nak balek kampung. rindu dah dengan mak abah. dan 2 bulan tak balek. Mcm dah lame sgt tak balek. Ok Sobat..jumpa lagi.. pesanan untuk aku dan yang lain, Berbaktilah kpd orang tua kita kerana ia dituntut oleh agama kita..
No comments:
Post a Comment